Pernah tak rasa DAH kurangkan makan ,cukup makan protein , cukup minum air tapi berat naik plak
OH NOOOOOOO...
Ada beberapa perkara yang mungkin terjadi:
Tapi sebelum tu frida nak share sikit pasal komposisi badan.
Berat badan kita terdiri daripada beberapa komponen.
OTOT
LEMAK
AIR
TULANG
Berat badan kita naik atau turun bergantung kepada berat jisim otot , air dan lemak.Tulang tak mempengaruhi sangat pun sebab berat tulang dalam 2-4 kg je pun...jadi saya tak citer sangat pasal tu.
Bila kita diet untuk turunkan berat badan bole jadi kita turun lemak atau turun otot atau dua dua sekali turun. Bila kita timbang memang lah turunkan. Tapi apa beza bila turun berat otot dengan berat lemak. Banyak bezanya.
BERAT BADAN TURUN KERANA TURUN OTOT dan AIR
Ini berlaku apabila seseorang diet atau cuba turunkan berat badan dengan kurangkan makan seperti hanya makan sehari sekali (ini sayalah dulu masa di UM cuba) atau porsi makanan yang tak seimbang seperti langsung tak makan karbohidrat , mengambil protein terlalu sedikit.
Biasanya orang yang tak makan ni minum air pun kurang tu ikut pengalaman saya bukan semua orang macam saya. Saya sendiri bila makan baru ingat air itupun kadang kadang tak minum lagsung sehari malam baru teringat. Kulit kering dan lebih susah nak turun sebab air juga membantu dalam meningkatkan metabolisme.
KESAN
Bila timbang memang nampak turun berat tetapi badan akan jadi flabby dan rasa lebih lemah berbanding dulu , lebih mudah jatuh sakit sebab badan kurang nutrisi dan sistem antibodi menurun.
Kita juga akan perasan rambut lebih banyak gugur sebab bila kurang makan protein badan akan ambil sumber protein dari badan . Nak angkat barang berat pun akan rasa lebih susah.
otot berkurang = metabolisme pun berkurang.
Apabila berhenti diet sangat mudah naik balik berat badan asal sebab otot dah berkurang.
YOYO...
BERAT BADAN TURUN SEBAB LEMAK TURUN
Peratusan lemak dalam badan berkurang apabila seseorang individu mengurangkan pengambilan jumlah kalori sehari tetapi masih makan 3-4 kali sehari sekurang kurangnya .
contohnya : JUMLAH PEMBAKARAN SEHARI 1600 KALORI
JUMLAH YANG DIMAKAN 1100 KALORI
JUMLAH KALORI TERBAKAR 500 KALORI
boleh rujuk BMR CALCULATOR di google search DAN TAMBAHKAN ACTIVE METABOLIC RATE UNTUK DAPATKAN JUMLAH PEMBAKARAN KALORI
Jadi badan akan ambil simpanan lemak untuk dijadikan tenaga. Badan akan membakar lemak dari seluruh badan.
Sepertimana situasi diatas yang otot turun sama jugak berat bila timbang berat turun tapi perbezaannya badan akan rasa lebih ringan dan rasa lebih bertenaga. Satu lagi bila turun lemak badan akan banyak turun inci dan bole pakai saiz yang lebih kecil.
Badan rasa lebih bertenaga kerana bila peratus lemak dalam badan berkurang toksin juga biasanya akan berkurang keran sel lemak akan menyimpan toksin.
BERAT BADAN TAK TURUN / NAIK SEBAB TURUN LEMAK NAIK OTOT
Keadaan ini berlaku apabila kita mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Ini sedikit berbeza - beza kerana dua situasi di atas turun berat badan tetapi yang ini berat tak turun atau malahan makin naik .
contoh ; Berat 56kg Berat 56kg
Lemak turun 2kg Lemak turun 2kg
Otot naik 2kg Otot naik 4kg
Berat (sama) 56kg Berat ( naik ) 58kg
Tetapi berbeza dengan turun otot, individu yang berhadapan situasi seperti ini akan rasa badan lebih sihat dan kuat, Inci badan akan berkurang dan boleh tukar saiz baju baru. Malahan badan akan lebih fit.
Tetapi disinilah situasi yang mana ramai akan berhenti sekerat jalan kerana tidak faham tentang komposisi badan . Paling penting jika anda ingin badan yang sihat dan fit adalah % lemak yang turun .
TIPS TURUN BERAT BADAN
Tips untuk mengelakkan konfius ialah gunakan alat monitor lemak atau pun timbang berat badan dan juga gunakan tali tape untuk pantau ukur inci. Kadang kadang berat badan tak turun atau naik tapi ukur inci turun .
Ambil lilitan pusat, punggung , lengan dan peha. Semasa saya masih belajar saya turun 8 kg malahan inci saya lilitan pusat turun 4 inci, peha turun 2 inci. Alhamdulillah dari pakai baju M atau L saya boleh pakai XS. Bukan sebab saya nak pakai baju ketat tapi baju saiz S pun nampak besar
paling penting nak turun berat badan mestilah ada coach.
Jika anda perlukan online coaching untuk TURUN ATAU NAIK BERAT BADAN dari saya
sila whatsapp ke 0124157571
IG : fridajeb_ideal
FB: fridajeb
Lucky Club: Play casino site for real money - Lucky Club
ReplyDeleteLucky Club is one of the most popular online gambling companies. The site offers generous welcome bonuses luckyclub.live for new and existing players. If you choose